: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi dilihat sebagai sebuah mercu tanda tersohor, kerana membawa sentuhan pelbagai kepakaran, rekaan, bahan binaan dari seluruh dunia seperti; Itali, Jerman, Maghribi, India, Turki, Iran, China, Greece dan tidak ketinggalan dari rantau Asia Barat sendiri. Reka bentuk seni bina masjid ini pada peringkat awalnya diilhamkan oleh arkitek berbangsa Maghribi. Pun begitu, sepanjang perkembangan pembinaannya terselit ciri-ciri global termasuk pada bahagian dinding luar yang menampilkan reka bentuk tradisional Turki. Malah penggunaan bahan-bahan semula menjadi pilihan iaitu;... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

BUKIT Cenning, Pulau Daik Lingga, Indonesia adalah sebahagian daripada benteng pertahanan utama menentang Belanda dan Sultan Abdul Rahman (Raja terakhir Johor Riau Lingga) sebelum melarikan diri ke Singapura. Benteng 32×30m di Kg.Seranggung dibangunkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah III (1761-1812). “Kamu tengoklah sendiri dan kira berapa jumlahnya. Nanti bila sudah keluar kita bincang berapa yang kamu nampak. Kalau kamu ada rezeki lebih, kamu dapat lebih,” kata Sulaiman Atan (Pak Long), penjaga muzium Pulau Daik Lingga bila ditanya berapakah jumlah meriam di situ. Pak Long meminta... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

PILIHAN MINGGU INI : FARAID – hak mewarisi harta pusaka menurut agama Islam FIIL – kelakuan, perangai, perbuatan FIRUS – sejenis batu permata berwarna kebiru-biruan FITRAH – (1) tabiat dan kecenderungan semula jadi; (2) sejenis pemberian yg diwajibkan dalam agama Islam yg berupa bijian makanan atau wang yg senilai dengannya untuk disampaikan kepada lapan golongan tertentu pada setiap Ramadan sebelu, sembahyang Hari Raya FASIK – orang yg menyekutui Tuhan dengan sesuatu yg lain; orang yg mengingkari dan membantah perintah dan ketetapan Tuhan  

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

Mungkin tidak ramai di antara kita yg tahu tentang kewujudan sebuah buku bertajuk TUHFAT AL-NAFIS karya Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji dengan Virgina Matheson sebagai Editor. Tuhfat al-Nafis merupakan kitab sejarah yg terpenting dalam kesusasteraan Melayu selepas SEJARAH MELAYU iaitu karya Tun Seri Lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612. Ketika itu, Johor diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615). Tuhfat al-Nafis membawa pembacanya mengenali tentang kebudayaan, ketinggian, dan kemakmuran perdagangan kerajaan Johor. Ia juga memaparkan kisah tentang pengalaman... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

Pewaris takhta Johor yang mempunyai banyak keistimewaan – Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini, merupakan seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan. Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat. Mesra disapa sebagai TMJ (Tengku Mahkota Johor), Tunku Ibrahim, 51, cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

DYMM Sultan Johor Gering Berita JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli: Jeamah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan. Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor. Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan,... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

Minuman teh tarik memang digemari kebanyakan orang… Dan di manakah tempat paling enak untuk menikmati secawan teh tarik selain daripada di (kebanyakan) kedai mamak? Jadi, apakah rahsianya sehinggakan restoran atau kedai kepunyaan orang lain tidak dapat menyamai teh tarik buatan mamak? Kami berpeluang mengorek ‘rahsia’ kedai mamak yang mungkin selama ini, tidak pernah diketahui oleh sesiapa…. Rahsia 1: Menggunakan hampir 10 jenis daun teh yang berlainan jenis, termasuk 3-4 jenis yang dibawa dari negara asal mereka. Daun teh ini dicampurkan dalam nisbah yang mereka sendiri... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

Di Tanah Melayu, selain dari Melaka yang menggunakan Nobat pada zaman kesultanannya, negeri lain yang mempunyai alat muzik Nobat ialah Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Nobat Kedah dan Perak merupakan dua Nobat yang paling tua dan dapat disusuli kedua-dua Nobat ini hingga keempat kurun yang lampau. Sejarah kedatangan Nobat ke negeri Kedah jika mengikut sejarah yang ditulis dalam tahun 1650, menyatakan bahawa Sultan Kedah telah pergi ke Melaka dalam masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Jika fakta tepat, ini membuktikan dengan jelas bahawa Kedah telah mengambil unsur-unsur Nobat... read more

: Laman Web Rasmi Rajamenangis :

Blog Rajamenangis di alamat http://rajamenangis.blogspot.com akan berfungsi seperti biasa dan ianya masih menghimpunkan pelbagai cerita alam melayu seperti kisah istana, hikayat, alam melayu, riwayat, destinasi, islam dan galeri yang bersangkutan dengan alam melayu.